Sebagai sebahagian daripada Rangka Kerja Perlindungan Motor Baharu (Rangka Kerja) yang dirumuskan untuk menangani isu struktur dalam sektor insurans motor, Bank Negara Malaysia ingin memaklumkan mengenai kemajuan langkah-langkah penambahbaikan yang telah diambil untuk menjadikan proses penyelesaian tuntutan dan pelaksanaan pelarasan premium sejak pengumumannya pada 11 Mac 2011 lebih baik.
Dalam memastikan orang ramai boleh membeli insurans motor pada kadar premium yang berpatutan, beberapa langkah segera telah diperkenalkan pada bulan Mei 2011. Antara langkah yang diambil termasuklah memastikan orang ramai boleh mendapatkan perlindungan motor daripada Malaysian Motor Insurance Pool daripada mana-mana syarikat insurans am atau cawangan mereka, dan juga daripada mana-mana cawangan Pos Malaysia di seluruh negara.
Bagi memastikan langkah-langkah penambahbaikan yang dikenal pasti di bawah Rangka Kerja ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, sebuah Jawatankuasa Kerja Bersama (JWC) telah ditubuhkan pada bulan April 2011. JWC ini terdiri daripada wakil-wakil kementerian utama, industri insurans dan takaful, persatuan pengguna dan pengangkutan serta Majlis Peguam Malaysia. Beberapa langkah penambahbaikan yang diambil telah menjadikan proses penyelesaian tuntutan lebih cekap, dengan tempoh masa penyelesaian tuntutan kecederaan diri lebih singkat, khususnya bagi kes yang diselesaikan melalui pengantaraan mahkamah. Langkah-langkah lain yang diambil untuk meningkatkan kecekapan termasuklah rujukan kepada Compendium of Personal Injury Awards oleh hakim dalam menetapkan bayaran ganti rugi bagi kecederaan diri serta penguatkuasaan tarikh akhir bagi mendapatkan laporan polis dan perubatan. Langkah-langkah lain yang akan dilaksanakan untuk meningkatkan lagi kecekapan termasuklah pengenalan kit tuntutan insurans motor untuk mempercepat laporan kemalangan dan tuntutan, serta penubuhan pusat panggilan 24 jam di seluruh negara untuk memberikan bantuan segera kepada mangsa kemalangan di tempat kejadian pada suku pertama 2012.
Sebagai sebahagian daripada Rangka Kerja ini, penyelarasan terhadap kadar premium Tarif Motor akandilaksanakan secara berperingkat mulai 16 Januari 2012 . Ini merupakan pelarasan kalipertama kerana kadar premium ini tidak pernah dikaji semula dalam masa lebih 30 tahun yang lalu.

untuk cerita lanjut sila klik di menu "INFORMASI" ......
No comments:
Post a Comment